KIS: Pengaruh Ai Terhadap Kehidupan Digital
8 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniKempen Internet Selamat (KIS) “Pengaruh AI Terhadap Kehidupan Digital” memberikan pendedahan kepada peserta tentang perkembangan dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kehidupan seharian. AI semakin banyak digunakan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, pekerjaan, komunikasi, perniagaan, penghasilan kandungan dan pengurusan tugasan harian.
Melalui sesi ini, peserta dapat memahami bagaimana AI boleh membantu menjimatkan masa, memudahkan pekerjaan dan meningkatkan produktiviti. Peserta turut diberi kesedaran tentang kepentingan menggunakan AI secara bijak dan bertanggungjawab, termasuk menyemak kesahihan maklumat serta menjaga privasi dan keselamatan data peribadi.
Secara keseluruhannya, KIS ini meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta terhadap pengaruh AI dalam kehidupan digital. Penggunaan AI yang betul dan beretika dapat membantu masyarakat menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi serta memanfaatkan kemudahan digital dengan lebih selamat, berkesan dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: